Antara lain mesyuarat menetapkan bahawa pengistiharan membuka pendaftaran keahlian akan dibuat secara hebahan Jumaat, banner, sepanduk dll untuk mendapatkan ahli yang fi masuknya RM 20.00 dan satu syernya RM 50.00.
Bidang perniagaan yang akan diceburi ialah tanaman kaedah Petigasi (buah dan sayur dalam beg) dengan kerjasama JKK Kg Dato' Onn Jaafar yang akan dibantu secara teknikal oleh Jabatan Pertanian Johor dan penajaan modalnya oleh pihak Khazanah Malaysia.
Selain itu ialah penubuhan Taska Permata yang diasaskan oleh isteri Perdana Menteri.
Muslimin muslimat warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas yang berkelayakan adalah dijemput untuk menjadi ahli.
Borang boleh didapati daripada Pengerusi En. Yahaya 013-7294320, Setiausaha Imam Mohd Zaidi 013-7878266 atau Bendahari En. Nordin 019-7823456.
Sila dapatkan resit apabila membuat pembayaran.
Sekian.